Kunjungi FESBUK 2017

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 4 FEB: Kerancakan pesta buku yang dianjurkan dianjurkan ketika ini memberi peluang pihak usahawan industri menjana lebih pendapatan.

Timbalan Pengarah Perbadanan Perpusatakaan Awam Selangor (PPAS), Suzliana Abdul Hamed berkata, hal itu sekaligus memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat.

“Persaingan antara setiap pesta buku tidak seharusnya dijadikan sempadan atau perebutan meraih pengunjung.

“Sebaliknya, memberi peluang menambah pendapat kepada usahawan kerana masyarakat ketika ini menyedari dan meminati budaya membaca,” katanya di Festival Buku Kanak-kanak (FESBUK) 2017, di SACC Mall, di sini.

Beliau turut menyarankan peniaga mengadakan lelongan buku bagi membantu rakyat mengurangkan beban di kala menghadapi situasi ekonomi ketika ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd, Fakru Radzi Ab Ghani berkata, FESBUK’17 kali ketiga itu bertujuan mendidik dan memberi pendedahan kepada kanak-kanak pentingnya budaya ilmu.

8“Kepentingan membaca sememangnya tidak dapat dinafikan tidak mengira kaedah tradisional atau pun online.

“Program dan festival seperti itu perlu digalakkan untuk diadakan secara kerap bagi memupuk minat dan tabiat suka membaca di kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata FESBUK’17 turut menampilkan segmen pertunjukan fesyen kanak-kanak dan pameran bunga Anggerik.

FESBUK’17 bermula 3 Februari hingga 5 Februari bermula dari jam 10.30 pagi hingga 10 malam.

Pameran itu turut menampilkan mini teaser pameran kabar dari Antartika yang sedang berlangsung di Perpustakaan Raja Tun Uda sehingga 12 Februari depan.

Antara aktiviti yang diadakan zumba, hafazan Yassin, pertandingan mewarna, ceramah imunisasi dari KPJ, sesi permainan Sand Art, Taekwando dan bengkel drama.

 

SUMBER : https://selangorkini.my/2017/02/kunjungi-fesbuk-2017/

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Comment