PKNS Real Estate dan Kelab Kucing bergabung kumpul dana anak yatim

SHAH ALAM, 22 DIS: Inisiatif PKNS Real Estate dengan kerjasama Kelab Kucing Malaysia melaksanakan program CSR membantu mengumpul dana tabung anak yatim, Rumah Permata Hatiku melalui program Charity Cat Show 2015.

Presiden KKM, Khalid Rashid, berkata program yang berlangsung selama dua hari itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari pencinta kucing bertempat di SACC Mall, Shah Alam pada 19 hingga 20 Disember lepas.

Untitled“Antara yang menarik melalui pertandingan kucing tercantik melalui beberapa kategori seperti ‘short hair’, pertunjukan fesyen kucing, teka berat kucing dan hiasan sangkar tercantik.

“Program itu sebahagian projek khidmat masyarakat dengan mengadakan bazar amal bagi tujuan mengumpul dana tabung anak yatim dan juga ‘Stray Cat Homes’,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate, Sr Fakru Radzi Ab Ghani, berkata program khidmat masyarakat itu berjaya menarik ramai pengunjung ke SACC Mall sekaligus membantu peniaga menaikkan jualan.

“Seramai 120 menyertai pertandingan ‘SACC Mall Mini 4WD Semi Speed Challenge’ yang terdiri golongan profesional seperti jurutera, pengarah organisasi swasta dan kerajaan selaku pemilik kereta mini Tamiya.

“Mereka turut berkongsi pendapat dan minat yang sama dalam mengubah suai kereta tamiya untuk tujuan perlumbaan dalam pertandingan,”katanya.

EZY

Dipetik dari :

http://m.selangorku.com/?post=87313

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Comment