PKNS Real Estate Sdn Bhd edar 12,000 Bubur Lambuk percuma

11825885_1079560022072894_6213023161915359409_n

unnamed

KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengagihkan sebanyak 12,000 bungkus bubur lambuk bersempena Ramadan ini.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, bubur lambuk berkenaan diedarkan pada setia hari Isnin dan Khamis pada setiap minggu.

“Pengedaran bubur lambuk kepada warga kerja PKNS dan pengunjung kompleks PKNS merupakan acaran tahunan yang kami adakan setiap kali bulan puasa.

“Istimewanya bubur lambuk ini, PKNS tempah khas dari Kampung Baru yang amat popular dengan juadah ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ishak berkata, bubur lambuk itu diedarkan pada setiap hari Isnin di Kompleks PKNS Shah Alam dan pada hari Khamis di Kompleks PKNS Bangi serta SACC Mall.

Menurutnya, kos untuk membekalkan bubur lambuk berkenaan dibiayai PKNS Real Estate (PREC), iaitu anak syarikat milik penuh PKNS. – mynewshub.cc

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Comment