PREC ambil langkah membanteras aktiviti rasuah dan salahguna kuasa

PREC KOMITED DALAM MEMBANTERAS RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA.

Pertemuan empat mata bersama Tuan Pengarah dan juga Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Selangor yang diadakan pada 08.11.2018 adalah merupakan langkah awal PREC dalam mewujudkan jaringan bersama SPRM bagi membanteras gejala rasuah dan salah guna kuasa di dalam syarikat.

Pegawai Integriti PREC, Encik Nik Aiman bin Nik Muhamad menjelaskan bahawa PREC sentiasa mendokong budaya integriti dikalangan semua kakitangan PREC. Ini dibuktikan dengan kewujudan Polisi dan Prosedur Integriti PREC antara lain seperti Ikrar Integriti, Pengisytiharan Konflik Kepentingan, Pengisytiharan Harta, Integrity Pact dan Whistleblowing. Dasar dan Polisi Integriti PKNS turut dijadikan sebagai penanda aras bagi PREC terus mengukuhkan integriti syarikat.

Dengan kerjasama dan sokongan SPRM, PREC yakin usaha murni ini dapat dilunaskan sekaligus menjadikan PREC syarikat yang lebih maju tanpa rasuah.

#PKNSRealEstatePREC
#PRECbebasrasuah

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Comment