Wayang Pacak di Perkarangan SACC Mall

Wayang pacak di perkarangan SACC Mall

Shah Alam: Konsep wayang pacak yang menayangkan filem terbaru Love, Supermoon di perkarangan SACC Mall berlangsung meriah, malam tadi.

Program anjuran Gen Y Harian Metro dengan kerjasama Grand Brilliance dan SACC Mall itu berjaya menghimpunkan lebih 200 penonton.

Lebih meriah, tayangan filem yang baru ditayangkan di pawagam itu diserikan dengan kehadiran pelakonnya Rita Rudaini serta Zain Hamid.

Pelbagai aktiviti sampingan yang diadakan selain penonton berpeluang memenangi hadiah eksklusif daripada Harian Metro.

Kebanyakan penonton gembira kerana bukan saja dapat menonton filem terbaru itu tetapi tertarik dengan konsep wayang pacak.

– See more at: http://232402858.r.cdndelivery.net/node/87853?m=1#sthash.hDIU2jzj.dpuf

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Comment