Menara PKNS PJ


mppjMenara PKNS PJ (MPPJ) adalah antara pencakar langit yang terawal yang terletak di pusat komersial bandar raya Petaling Jaya, yang juga dikenali sebagai PJ State atau PJ New Town. Dibuka secara rasmi pada tahun 1987, MPPJ merupakan bangunan yang menawarkan ruang sewaan 27 tingkat untuk beroperasi sebagai ruang korporat atau perniagaan.

Ruang sewa yang disediakan di MPPJ merupakan antara yang menjadi rebutan para peniaga kerana ia terletak lokasi yang strategik. Pelbagai kemudahan disediakan untuk para penyewa dan pengunjung termasuk tempat letak kereta sebanyak empat tingkat, sistem sekuriti yang canggih, jalur lebar berkelajuan tinggi, kafetaria dan sistem hawa dingin yang berpusat.

Para penyewa di MPPJ dan juga pengunjung sememangnya tidak akan merasa bosan dengan adanya pelbagai pilihan makanan yang dapat dinikmati di restoran-restoran yang terletak berdekatan dengan bangunan tersebut. Urusan perbankan juga dapat dijalankan dengan mudah dengan adanya bank-bank terkemuka seperti Maybank, HSBC dan juga Standard Chartered Bank.

MPPJ terletak di kawasan yang sentiasa sibuk dengan kenderaan dan orang ramai yang berkunjung untuk menjalankan pelbagai urusan. Dengan itu, ruang sewa di MPPJ menjadi rebutan mereka yang inginkan satu lokasi yang sentral dan mudah untuk dikunjungi oleh para pelanggan. Mereka yang ingin melabur dalam hartanah sewa semestinya harus mempertimbangkan MPPJ sebagai salah satu pilihan terbaik.