20 Tahun bukan Penghalang Menara PKNS PJ Terima Pengiktirafan

Sr. Fakru Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif  PKNS Real Estate Sdn Bhd (tengah) menerima pengiktirafan pada Majlis Anugerah ‘Malaysia’s Best Managed Property Awards 2017’ anjuran TheEdgeProperty.com, disampaikan oleh Pengarah Urusan & Ketua Editor TheEdgeProperty.com Au Foong Yee (dua dari kiri).

20 Tahun bukan penghalang Menara PKNS PJ terima pengiktirafan

PETALING JAYA, 3 APRIL: Menara PKNS PJ salah sebuah aset milik PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) yang kini telah berusia 20 tahun telah meraih pengiktirafan ‘Special Mention’ bagi Kategori Bukan Strata sempena Majlis Anugerah ‘Malaysia’s Best Managed Property Awards 2017’ yang dianjurkan oleh TheEdgeProperty.com.

Tahap penghunian yang tinggi iaitu sebanyak 97 peratus di Menara PKNS PJ seperti Malaysian Qualification Agency (MQA), TNT Express, TNBES Careline, Celcom, Selangor Business School, dan sebagainya adalah antara faktor yang mendorong kepada pengiktirafan yang membanggakan ini.

Selain Menara PKNS PJ, penerima anugerah dan juga pesaing lain termasuklah Menara Berkembar Petronas, UEM Sunrise Berhad, The Pinnacle@Sunway City, Valencia Sungai Buloh, Queensbay Mall dan beberapa pemaju dan pemilik bangunan yang lain.

Anugerah ini adalah julung kalinya diadakan oleh TheEdgeProperty.com dan penyertaan telah dibuka pada 18 November 2016 hingga 23 Januari 2017 bagi tiga kategori iaitu kediaman, perdagangan dan pembangunan bercampur berstrata dan bukan strata.

Sebanyak lebih dari 50 penyertaan yang telah diterima dan diadili oleh para juri yang terdiri daripada Pengarah Urusan & Ketua Editor TheEdgeProperty.com, Au Foong Yee, Pengerusi Persatuan Pengurus REIT Malaysia (MRMA), Datuk Jeffrey Ng, Ahli Persatuan Pengurusan Bangunan Malaysia (BMAM), Dr. Suntoro Tjoe, Timbalan Editor Edge Malaysia, Wong King Wai, Naib Presiden Institut Pengurus Harta Profesional (MIPPM), Profesor Ting Kien Hwa dan Presiden Persatuan Hartanah dan Kemudahan Singapura, Dr Lim Lan Yuan.

Antara kriteria penghakiman lain ialah kualiti penyelenggaraan, pentadbiran jawatankuasa kerja, kutipan sewaan, kemampanan kewangan, keselamatan, masyarakat dan komunikasi serta nilai pembangunan atau hasil.

Lebih 350 pemaju dan pemilik bangunan terkemuka dalam industri pengurusan harta di negara ini yang hadir ke Majlis Malam Anugerah tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC), Sr. Fakru Radzi Ab Ghani berkata “Bangunan milik PREC dikendalikan oleh pasukan profesional yang semuanya adalah kakitangan PREC. Ini membuktikan kualiti pengurusan bangunan ini adalah setanding dengan bangunan-bangunan gah yang ada di pasaran”.

Antara bangunan lain di bawah pengendalian PREC adalah Menara Worldwide Jalan Bukit Bintang, Wisma Yakin Kuala Lumpur, SACC Mall Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, dan Kompleks PKNS Shah Alam termasuk Menara PKNS PJ.

Bagi makumat lanjut mengenai Menara PKNS PJ untuk sewaan atau aktiviti sila hubungi (03-7954 1732 – Aiman/Syafik) atau layari laman web https://www.prec.my/menara-pkns-pj/ dan segala maklumat mengenai PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) boleh didapati dalam laman web www.www.prec.my.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Comment