PREC APPRENTICESHIP – PERTANDINGAN PEMASARAN DIGITAL

Tentang Program

Terbuka kepada semua pelajar universiti IPTA & IPTS.

Untuk mendaftar: https://www.surveymonkey.com/r/precapprenticeship

Tarikh Tutup: 2 July 2018.

PREC APPRENTICESHIP adalah sebuah Pertandingan Pemasaran Digital yang dianjurkan oleh PKNS Real Estate (PREC) dengan kerjasama :

– Akademi PKNS
– SACC Mall Shah Alam
– Kompleks PKNS Shah Alam

Para peserta yang menyertai Pertandingan ini akan menjadi perunding pemasaran digital kepada peniaga di SACC Mall dan Kompleks PKNS Shah Alam selama dua bulan bermula 10 July – 20 Ogos 2018.

Antara ciri-ciri yang perlu dipenuhi oleh peserta program ini ialah:

1) Menjalankan aktiviti pemasaran melalui pembikinan kandungan (content) yang menarik seperti gambar, video dan sebagainya.

2) Menaikkan ‘followers’ di FB, IG, Twitter dan platform lain

3) Menyenaraikan produk peniaga di e-commerce seperti Lazada, Murah, Shoppe, Lelong atau Carousel atau medium lain.

4) Merangka strategi untuk memasarkan produk peniaga secara online

5) Mengadakan “social media contest” sekurang-kurangnya dua kali dalam tempoh pertandingan

6) Menganjurkan kajian kepuasan pelanggan bagi tujuan mengenalpasti saluran promosi yang berkesan dan mengumpul data pelanggan bermula dari minggu pertama pertandingan

Cara Pelaksanaan Pertandingan

Peserta akan berjumpa dengan peniaga sekurang-kurangnya SEKALI seminggu untuk memberi khidmat rundingan pemasaran digital

Peserta akan dipantau oleh Akademi PKNS melalui ‘whatsapp’ dan juga perjumpaan mingguan untuk mengemaskini aktiviti yang dijalankan peserta

Apakah manfaat kepada peserta?

Mempelajari ilmu perniagaan dan pekerjaan yang sebenar

Memberi peluang untuk para pelajar menonjolkan bakat di dalam pemasaran digital

Para pelajar dapat mempraktikkan ilmu keusahawanan yang diperolehi semasa kelas ke dunia sebenar

Membuka peluang kepada para pelajar untuk menjadi tenaga kerja PREC

Yuran penyertaan

TIADA sebarang yuran akan dikenakan kepada peserta.

Penyertaan adalah PERCUMA

Hadiah yang ditawarkan!

ANUGERAH ‘APPRENTICE’ TERBAIK
Tempat Pertama : RM 3,000

Tempat Kedua : RM 2,000

Tempat Ketiga : RM 1,000

JUALAN TERTINGGI : RM 2,000

VIDEO PEMASARAN TERBAIK: RM 1,000

STRATEGI BISNES TERBAIK: RM 1,000

*Semua peserta akan menerima sijil penyertaan dari PKNS Real Estate PREC

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Leave a Comment