Notis bagi sebutharga-sebutharga Ramadan Festival 2016

Dijemput Tuan puan untuk hadir turut serta dalam Taklimat & pengedaran sebutharga kepada para kontraktor yang berminat sempena Festival Ramadan 2016 yang akan berlangsung di 3 buah bangunan iaitu SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi. 
 
Berikut merupakan senarai perancangan Festival Ramadan pada tahun ini : 
Pra-Ramadan – 27 Mei 2016- 5 Jun 2016
Festival Ramadan – 6 Jun 2016 – 5 Julai 2016
 
Antara skop kerja yang akan dibincangkan adalah : 
  1. Sebutharga bagi kerja-kerja pengurusan acara Dataran Barat SACC Mall
  2. Sebutharga bagi kerja-kerja penyediaan dekorasi dan pentas SACC Mall
  3. Sebutharga bagi kerja-kerja pengurusan acara Tempat Letak Kereta Terbuka SACC Mall
  4. Sebutharga bagi kerja-kerja penyediaan dan kelengkapan Shell Scheme Booth dan Banglo booth KPSA
  5. Sebutharga bagi kerja-kerja penyediaan dan kelengkapan dekorasi dan pentas KPSA
  6. Sebutharga bagi kerja-kerja pengurusan acara dan penyediaan dekorasi KPB
  7. Sebutharga bagi kerja-kerja pengurusan dan penyediaan Sistem Audio Bunyi KPB
  8. Sebutharga bagi kerja-kerja pengiklanan dan promosi bagi lima bangunan iaitu SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Menara Petaling Jaya dan Wisma Yakin.
  9. Sebutharga bagi kerja-kerja aktiviti dan promosi bagi tiga bangunan iaitu SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi. 
  10. Sebutharga bagi kerja-kerja membekal dan penyediaan Bubur Lambuk bagi Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall dan kompleks PKNS Bangi
Taklimat bagi kesemua sebutharga, Pengedaran Sebutharga & Lawatan Tapak – 27hb Januari 2016 @ 3.00pm (SACC Mall, Aras 2, bersebelahan PKNSRE HQ) 
Taklimat & Lawatan tapak bagi Kompleks PKNS Bangi SAHAJA – 28 Januari 2016 @ 10.00am (Pejabat Pengurusan PKNS Real Estate Sdn Bhd cawangan Bangi)
 
Pihak kontraktor digalakkan untuk sebarkan notis seperti yang dilampirkan kepada rakan-rakan yang berminat. 
Perlu dingatkan, Pihak kontraktor yang tidak hadir bagi tujuan lawatan & pengedaran sebutharga, tidak layak untuk memohon bagi mengisi tender ini. 
 
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya terus di 03-5520 4567 
 
Sekian Terima Kasih

 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Comment